Saturday 15 December 2012

kekecewaan


tak pernah rasa seteruk nie..tak pernah rasa kecewa macam nie..
tak pernah rasa keseorangan macam nie...tak pernah rasa sendirian macam nie..
tak pernah rasa sakit hati macam nie...tak pernah rasa sehampa macam nie...
tak pernah rasa teruk macam nie...

cekalkan hati..tabahkan hati..kuatkan semangat..teguhkan iman....
percaya pada yang maha ESA..ape yang jadi dalam hidup nie..pasti ada hikmah!
berserah dan berdoa pada yang maha ESA....diampunkan dosa...sentiasa di bawah lindungan dia..
yang maha ESA sentiasa bersama hamba-hambanya...
yang maha ESA tak datangkan ujian yang hambanya tak mampu hadapi...
setiap ujian yang diberi oleh yang maha ESA sebagai tanda DIA sayangkan hambanya...

kecewa dengan keadaan sekeliling....di saat memerlukan tapi tiada yang menghulurkan....
di saat menyedari kesilapan...di saat mencuba perbaiki kesilapan...
tiada yang dapat memaafkan serta tiada yang dapat memberi peluang kedua....
di saat ingin meluahkan...tapi...tiada siapa yang sudi mendengar....
di saat ingin menangis...tiada siapa yang sudi meminjamkan bahu....

betapa lemah & keseorangan di saat nie....tidak dapat diluahkan melalui kata2...
hanya dapat dluahkan melalui perkataan & abjad....
cuba terima apa yang jadi dengan tabah & cekal...cuba bangun dengan sendiri.....
cuba kuatkan kembali semangat yang telah hilang dengan sendiri.....
akan terus menjadi diri sendiri....

tertanya2..kenapa ianya berlaku kepada diri ini?



thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)

Sunday 11 November 2012

lelaki CEMBURU??


untuk para adam & hawa..que nak share info yang agak menarik..
sila la baca.. :)

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…


Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)

Sunday 21 October 2012

konvo diploma saya!


hye guys..ari nie patutnye ada kelas..tapi..lecture que MC pulak..
hemm..okla kan..que pun tak sihat sangat...demam pulak..

guys! que dah konvo diploma hari jumaat hari tue..18.october.2012
alhamdulilah..penat lelah selama 3 years..berbaloi...
que konvo hari tue dekat PICC :)

check this out!

nie Hazma Hanim..before kami bersiap..hehe

nie la my mum & abah..i love you both so much!

dapat bunga...adek2 que belikan :)

pegang sijil diploma!

adek2 kesayangan que!

kami lagi.. :)

nie video kami konvo..dengar betul2 dye0wg sebut nama que..lawak!
(my name Tun Nur Ain Syafiqah Que Syairah)

thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)

Tuesday 16 October 2012

PERSONALITI LELAKI ^_^

hai guys! que ada info nak share dengan korunk sume :) info tentang personaliti seorang lelaki mengikut zodiak masing2...Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan...Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan..anda boleh memperbaiki diri anda...
girls2 dekat luar sana pun boleh check this out! boys2 yang hansem2 pun dijemput baca..


Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus 
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini 
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer 
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo 
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

p/s : en.apit read this! ^_^


thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)

" Our day "




hello sume..selepas agak lama que tak tulis blog..kali nie ada masa terluang..
dan que rase sgt2 rajin utk menulis blog..hakhak..
before that..que nak ucapkan ribuan + jutaan terima kasih kepada blogger2 sume..
atas kesudian korunk bertandang ke blog que yang tak seberapa nie :)

orait...tentang tajuk ari nie..adalah detail2 aktiviti yang que buat pada hari nie..
ari nie ari ape?? haiyo..apala u all nie..hikhik..
ari nie ari selasa..16/0ct/2012...

okay..ari nie..que ade date bersama dengan si dia "en.apit"
tepat pukul 10:10 am en.apit sampai di rumah...selepas cium tangan mak..
que pon berangkat la pergi..huhu...
kami keluar agak awal kan..hehe..banyak tempat nak pergi..

first..kami plan nak pergi kedai gunting rambut kat bercham ipoh...
en.apit bising nak gunting rambut sebab rambut dye dah panjang..but...
malang skali! kedai tutup..haha..
so..kami teruskan perjalanan ke kedai membuat kad dekat pekan ipoh..

bukan buat kad kahwin taw..hihi..belum masanya lagi :)
kteowg nak buat kad bisnes en.apit...after that..menuju ke gm a.k.a greentown mall..
pergi nagoya nak beli kain baju raya famili que utk tahun depan..
my mum mintak tolong beli kain lagi 2 meter..haha..
awal kan my family beli kain buat baju raya..hehehe..

selesai semua urusan kami...kami terus menuju ke detinasi seterusnya...
kereta dipandu ke arah Kinta City Ipoh (Jaya Jusco)...
kami nak tengok wayang cerita ' Dengan Lafaz Aku Terima Nikahnya Kau Milikku '
que xcited sangat nak tgk cerita nora danish & adi putra nie..
tengok thriller dye macam seronok :)

korunk nak taw?? cerita dye memang terbaeekkk la!
que bagi 4 bintang kat cerita nie..penuh dengan romantik feel...
tentang pengorbanan..kesetiaan & kesabaran seorang isteri..
yang amat mencintai suaminya..walaupon suaminya hilang ingatan..
dan tak ingat siapa isterinya...
tak disangka..jatuh pulak air mata que tgk cerita nie :')
feeling habess que! haha...

saat utk en.apit hantar que pulang...hmm...terasa berat hati...
bila la kami dpt jumpa..insyaallah..ada jodoh jumpa lagi kan sayang..
terima kasih sayang utk hari nie..i love you so much...

p/s : jangan lupa tengok cite nora danish & adi putra taw"

thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)

Saturday 13 October 2012

ADVANTAGES OF NIGHT CREAM



hye blogger2..hari nie...utk hilangkan kebosanan que yg dh smpai thap
darah tinggi nie! que nak kongsi ngn korunk sume special for gurls :)
tips kecantikkan wajah..haha...
enjoy read this :)


  • Menggalakkan peredaran darah. Ia berupaya membantu pengaliran darah pada wajah secara semulajadi.
  • Membantu mengurangkan keletihan pada wajah. Krim yang disapukan pada wajah juga dapat mengurangkan sembap pada bahagian wajah terutama kawasan di sekitar mata.
  • Melambatkan proses penuaan. Kedutan juga dapat dicegah apabila menyapu krim malam secara konsisten.
  • Membantu otot-otot di wajah berfungsi dengan baik dan memperbaiki tisu.
  • Struktur kulit akan menjadi semakin anjal apabila mengamalkan rutin penjagaan kulit yang teratur.
  • Krim malam mampu bertindak secara intensif bagi mengembalikan kecerahan kulit dan memperbaharui kilauan semulajadi kulit. 
  • Krim malam biasanya bertekstur ringan dan ia amat mudah menyerap pada kulit bagi membantu melindungi dan menyerlahkan kecantikan kulit.
  • Kandungan yang terdapat dalam krim malam juga bertindak melindungi kulit dari menjadi gelap dan mencegah pembentukan bintik hitam.
  • Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit semakin lembut dan putih berseri. 

credit for someone ^_^


thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)

holiday ke UTARA side :)




hye..utk sume blogger que..harap korunk sume chat2 belaka..amin..
que minta maaf sbb lama sgt tak update bl0g..maafkan que ye..
que bz ngn stadi skunk nie...que dh level degree..s0..i must more focus on my stadi.. :)
hope u all akan terus support que ye..thanks guys!

now...back to title...actually...cite nie dh lame..
baru ari nie que bpeluang utk share ngn korunk sume..
enjoy it!

if i not mistaken...second weeked of september...que balek ipoh..
wit my sister kak ata n kak ika...que balek sebab dh janji ngn en.apit..
so..after kelas dlm kul 9 mlm kami bertolak balek ipoh together..
naek kete kak ika..and..kteowg smpai ipoh dlm kul 1 lebih..
lewat smpai..sebab kami sesat kt sungai besi time nak amek cousin kak ika..

que balek sebab en.apit janji nak bawak que g holiday! yeay!
sangat2 xcited beb! balek ipoh x jumpa family que pon..hee..
en.apit janji nk bwk que holiday kt thailand (danok)!
haipp! jgn fikir bukan1 it was just holiday okay!

dah sampai ipoh...meluangkan masa ngn en.apit...
membincangkan perancangan & masalah antara kami...
sehingga jumpa penyelesaian..alhamulilah.. :)
then..pkul 8 lebih kami naek bas bertolak k penang...
sampai kt penang amek kete kt adek en.apit..bertolak ke perlis..
utk buat body pass...kebenaran utk masok k thailand :)

proses yang amat sukar..but..berkat kesabaran & niat kami yang baek...
akhirnya..kami berjaya buat body pass..alhamdulilah :)
hanya perlukan 2 keping gambar pasport & rm 10...
body pass nie akan bertahan selama 6 bulan..& tempoh lawatan ke thailand menggunakan
body pass dibenarkan selama 2 minggu sahaja...

first time que sampai k thailand...macam2 perasaan ada..takut..risau..cuak...
yela..dah masuk negara orang lain kan...macam2 perkara kita tgk dkat berita kan..
hanya bdoa dalam hati supaya segala2nya bjalan dgn lancar.. :)
selama 3 hari 2 mlm kat sana..seronok! tempat shoping yang best!
tempat makan tom yam yg sedap! thanks en.apit.. :)
insyaallah..next time kami rancang nak ke pulau krabi & phuket..

my love :)
him! en.apit..

nie kat pintu masuk imegresen.. :)
nie kat atas feri kat penang :)

nie pic kat kuala perlis...b4 g thailand :)
nie pic kat persiaran gurney!

kami! apit & que



thanks sudi bace..sila tinggalkan jejak anda =)