untuk para adam & hawa..que nak share info yang agak menarik..
sila la baca.. :)
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak,
lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya.
Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan
cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang
kelahiran…
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli
untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia
sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya.
Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat
memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti
wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain
seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam
apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera
mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi
jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya
menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan
lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu
permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling
benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang
untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi,
indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak
lain.
Indeks: xxxx
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini.
Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih.
Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak
selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak
selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan
menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan
cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka
dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang
membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang
untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai
hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara
biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya,
namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan
cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang
baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat
cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu.
Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta
sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya
kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan
cemburunya.
Indeks: xxxx
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang
dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti
perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi,
apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering
membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa
rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan
tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada
tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx