Saturday 15 December 2012
kekecewaan
Sunday 11 November 2012
lelaki CEMBURU??
untuk para adam & hawa..que nak share info yang agak menarik..
sila la baca.. :)
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak,
lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya.
Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan
cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang
kelahiran…
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli
untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia
sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya.
Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat
memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti
wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain
seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam
apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera
mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi
jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya
menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan
lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu
permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling
benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang
untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi,
indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak
lain.
Indeks: xxxx
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini.
Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih.
Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak
selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak
selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan
menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan
cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka
dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang
membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang
untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai
hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara
biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya,
namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan
cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang
baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat
cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu.
Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta
sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya
kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan
cemburunya.
Indeks: xxxx
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang
dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti
perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi,
apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering
membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa
rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan
tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada
tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
Sunday 21 October 2012
konvo diploma saya!
nie Hazma Hanim..before kami bersiap..hehe |
nie la my mum & abah..i love you both so much! |
dapat bunga...adek2 que belikan :) |
pegang sijil diploma! |
adek2 kesayangan que! |
kami lagi.. :) |
Tuesday 16 October 2012
PERSONALITI LELAKI ^_^
hai guys! que ada info nak share dengan korunk sume :) info tentang personaliti seorang lelaki mengikut zodiak masing2...Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan...Jika anda
memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan..anda boleh memperbaiki diri anda...
girls2 dekat luar sana pun boleh check this out! boys2 yang hansem2 pun dijemput baca..
Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada
badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia
seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak
tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain
menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak
kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana
tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya
kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang
yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang
panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu
syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang
bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci
hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup
menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah
jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu
menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia
seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau
melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang
ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana
pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia
menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki
stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan
dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam
rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan
hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah
dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya
sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak
teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan
keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan
kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih
sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain
atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang
lebih suka bergaul dan bijaksana.
Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan
senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang
yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang
menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di
mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan
hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan
yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi
,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk
jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak
kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang
sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam
hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan
.Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa
berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan
emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih
pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah
padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh
jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi
meninggikan egonya dan lagaknya.
Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan
kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah
menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan
sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana
mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya
,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia
belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka
berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari
pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang
dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan
pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan
menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun ,
dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi
lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis
.Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat
, ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di
puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang
mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik ,
dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin
menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah
menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu
sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain
.Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat
berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana ,
bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas ,
matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita .
Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia
kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah
lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa
mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan
mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga
beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia
akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya .
Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini
menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan
orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai
kesihatan dan kecergasannya.
Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak
kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan
menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk
badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil.
Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang
mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen
atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul
, ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar
memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia
berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di
kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang
kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang
rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam
.Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula
dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang
untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap
penting.
Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian
sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas
,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar
.Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada
hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan
berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan
.Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat
menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan
berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam
.Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan
.Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.
Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya
.Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan
seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan
.Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh
badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin
berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya
agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari
segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki
yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam
perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula
jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki
berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan
wanita lain .
Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu
melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan
yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis
pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga
bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita
menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi
tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai
kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh
cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia
mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan
.Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia
lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar ,
bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah
lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak
kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka
persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka
ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia
boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia
mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih
mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai
pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi
menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya
kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi
membuat komitmen .
Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak
bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan
kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia
mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah
lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu
bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya
suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan
perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan
dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat
keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia
mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah
seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .
p/s : en.apit read this! ^_^
" Our day "
Saturday 13 October 2012
ADVANTAGES OF NIGHT CREAM
hye blogger2..hari nie...utk hilangkan kebosanan que yg dh smpai thap
darah tinggi nie! que nak kongsi ngn korunk sume special for gurls :)
tips kecantikkan wajah..haha...
enjoy read this :)
- Menggalakkan peredaran darah. Ia berupaya membantu pengaliran darah pada wajah secara semulajadi.
- Membantu mengurangkan keletihan pada wajah. Krim yang disapukan pada wajah juga dapat mengurangkan sembap pada bahagian wajah terutama kawasan di sekitar mata.
- Melambatkan proses penuaan. Kedutan juga dapat dicegah apabila menyapu krim malam secara konsisten.
- Membantu otot-otot di wajah berfungsi dengan baik dan memperbaiki tisu.
- Struktur kulit akan menjadi semakin anjal apabila mengamalkan rutin penjagaan kulit yang teratur.
- Krim malam mampu bertindak secara intensif bagi mengembalikan kecerahan kulit dan memperbaharui kilauan semulajadi kulit.
- Krim malam biasanya bertekstur ringan dan ia amat mudah menyerap pada kulit bagi membantu melindungi dan menyerlahkan kecantikan kulit.
- Kandungan yang terdapat dalam krim malam juga bertindak melindungi kulit dari menjadi gelap dan mencegah pembentukan bintik hitam.
- Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit semakin lembut dan putih berseri.
credit for someone ^_^
holiday ke UTARA side :)
my love :) |
him! en.apit.. |
nie kat pintu masuk imegresen.. :) |
nie kat atas feri kat penang :) |
nie pic kat kuala perlis...b4 g thailand :) |
nie pic kat persiaran gurney! |
kami! apit & que |
Subscribe to:
Posts (Atom)